Kami memang ada membawa bekalan ubat demam, jadi bagi kepada dia kalau dia demam. Dia sudah tidak demam lagi," ujar ibu bayi, Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun.Mereka bimbang sekiranya deman terbabit menjangkiti penumpang lain.
Airmata jernih mula bergenang di bawah dua kelopak mata Izan sambil dia terus mendakap erat anaknya mengalami sindrom down.
Barangkali dia bak tidak mampu mempercayai cabaran didepaninya tatkala itu amat getir. Tambahan pula suami tersayang tidak bersamanya untuk mengharung detik hitam tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayatnya itu.
Keputusan muktamat telah dibuat oleh kakitangan Air Asia berpenampilan bongkak biarpun tidak dipersetujui ramai penumpang lain.




