PDRM Perkenal Sistem Status Siasatan Kes

on 29.6.13

polis cantik

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan membangunkan sistem status siasatan kes untuk membolehkan pengadu mengetahuiperkembangan siasatan laporannya.

Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM Datuk Wira Ayub Yaakob berkata ia merupakan kesinambungan projek laporan polis secara dalam talian melalui portal laporan PDRM, yang akan dilaksanakan September ini.

"Kita akan berikan kata laluan kepada mereka yang membuat laporan polis dan mereka boleh mengakses sistem tersebut bagi mengetahui perkembangan siasatan kes," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran Penipuan Pelaburan Dalam Perniagaan peringkat Kebangsaan di Pusat Kecemerlangan Bernama, Wisma Bernama di sini, hari ini.

Seminar sehari itu dianjurkan bersama Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia dengan kerjasama PDRM, Bank Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM).

Turut hadir Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya dan ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Ayub berkata pada peringkat awal, projek itu akan dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sebelum diperluaskan ke seluruh negara.


Beliau juga berkata polis menerima laporan berhubung 351 kes berkaitan penipuan perniagaan dengan kerugian bernilai RM100 juta pada tahun lepas dan bagi empat bulan pertama tahun ini, pihaknya menerima 95 kes dengan jumlah kerugian RM15 juta.

"Kebanyakan kes melibatkan penipuan internet dan mereka yang ditipu terdiri daripada golongan berpendidikan dan profesional. Ada juga yang tidak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana malu," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati membuat pelaburan dan perlu menyemak dengan pihak tertentu termasuk SSM bagi mengelak ditipu. - Bernama

p/s: jawatan kosong polis

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
2 Comments

{ 2 Komen... read them below or add one }

Siti Nurazlinda said...

wahh !!! pengasas facebook punya fb !!!


June 8, 2011 at 11:04 PM
kiwi said...

waa new discovery!


June 8, 2011 at 11:26 PM

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.