Hukum Menderma Darah di Bulan Ramadhan | Batal Puasa atau Tidak

on 4.8.11

Salam Ramadhan. Semalam pergi check darah untuk kenal pasti jenis darah. `O' positif.. siapa sama jenis darah dengan aku, mengaku kat sini cepat ! hehe. Apa hukum derma darah di bulan puasa ? Batal tak puasa ? Siapa tahu..maklum kat sini ye. Setelah disemak dan bertanya, dapat jawapan di bawah, hukum derma darah di bulan Ramadhan.

Apakah hukum puasa bagi orang yang menderma darah?

* Seseorang yang ingin menderma darah kepada yang memerlukan, ataupun darahnya diambil untuk dibuat kajian penyakit maka hukum puasanya tidak batal sama sekali, tetapi dengan syarat kuantiti yang sedikit.

* Seseorang yang ingin menderma darah dengan kuantiti yang banyak, dan menyebabkan badan penderma menjadi lemah, maka puasanya terbatal. Jika menderma kerana darurat contohnya seseorang memerlukan darah maka puasa itu turut terbatal tetapi tidak berdosa ke atas penderma dan wajib qada puasanya. Tetapi jika seseorang menderma darah tanpa darurat atau sebab yang munasabah maka terbatal puasanya dan berdosa serta wajib juga menqadakan puasanya.

Apakah hukum menderma darah?

* Jika kemusykilan ini dikhususkan kepada siang hari pada bulan Ramadhan, maka tidak dibolehkan seseorang menderma darah dengan kuantiti yang banyak yang menyebabkan badan seseorang penderma menjadi lemah kecuali dalam keadaan darurat sahaja dibolehkan seperti yang disebutkan di atas.

Apakah dalilnya?

Kaedah yang diguna pakai oleh fuqaha ialah menggunakan kaedah Qiyas. Fuqaha menqiyaskan hadis:

عن النبي صلى الله عليه وسلم في قوله : أفطر الحاجم والمحجوم
Maksudnya: Dari nabi SAW: Batal puasa bagi pembekam dan dibekam.

Para fuqaha menQiyaskan menderma darah itu seperti mengeluarkan darah dari badan iaitu berbekam. Berbekam akan melemahkan badan seseorang yang dibekam. Jadi, seperti yang disebutkan sebelum ini apabila seseorang menderma darah yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah, maka batallah puasa seseorang itu.



Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Tips Menghilangkan Jerawat Secara Berkesan
3- Panduan Lengkap Memelihara Kucing
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
18 Comments

{ 18 Komen... read them below or add one }

Shaherah said...

ade darah C ke? setahu shera ade A,AB,B ngan O jek.. ade pecahan laen ke? ke typing error tu terbelog? >.<"


August 4, 2011 at 3:00 PM
Syuxer said...

owh aku tak pernah lagi derma darah time bulan ramadhan..coz takut aku plak jadi pengsan heeh..

kuantiti sikit..cmner tuh hehe..satu beg ke or separuh beg heheh


August 4, 2011 at 3:37 PM
Fathiah Hamim said...

ohh larat ke saya nak derma darah ek. hehehe


August 4, 2011 at 3:57 PM
mrs.asrafovic said...

line slow la...xtau da komen ke belom...jgn marh ye tuan blog klau terkomen byk kli/ slah komen..cz bukak byk tab ni..

nice info...suke entry ni...:)


August 4, 2011 at 3:58 PM
Cik Azizah said...

org kata bila derma darah murah rezeki. ape lagi derma lah darah..hehe tapi jangan smpai lemah bak kata hadis tu.


August 4, 2011 at 4:02 PM
teynteyn the doll said...

hehe teyn xpernah derma darah sebab xpernah cukup berat;P


August 4, 2011 at 4:56 PM
Terbelog said...

@Shaherah
haha
typo-typo
tq tegur
biase la..bln puasa <- alasan


August 4, 2011 at 5:26 PM
Terbelog said...

@Syuxer
kuantiti sedikit..
erm..kalo stgh beg pun dah rasenye :0


August 4, 2011 at 5:28 PM
Terbelog said...

@mrs.asrafovic
eh xde la marah..
biase la..line slow
senasib ni !


August 4, 2011 at 5:29 PM
ChaCha said...

xpernah nk derma lagi time pose..sbb pas derma akan rs pening..hehhe


August 4, 2011 at 5:58 PM
Shaherah said...

@Terbelog hahaha alasan ea.. darah O rupe nyer.. tak sama lar kte.. Shera darah B.. ^_^


August 4, 2011 at 6:14 PM
simanis said...

saya juga O positif...
so far i've donated 3x jer...


August 4, 2011 at 7:51 PM
shida'R said...

nice info azri..mna taw lpas ni nk derma darh time pose kan..so dah taw la hukum dia hehe ^_^ tq for sharing.


August 4, 2011 at 11:27 PM
Khairil said...

huh..aku tak pernah derma darah lagi le bro...rasa2 darah aku ni darah bangsawan kut...hahaha

nice info bro!!


August 5, 2011 at 12:00 AM
Aida Omar said...

aida mengaku darah jenis 'o' hehe..
baru tahu..selama nie pun cnfused jugak bab2 nie..thnkz terbelog :)


August 5, 2011 at 12:35 AM
alif haris said...

takut derma darah waktu puasa ouh ..
takut pengsan kang terbatal puasa .. huhu


August 5, 2011 at 4:17 PM
Liyana Zahim said...

Ade ek org nk drma drh tme bln pose.. Pehhh.. Mau tergolek2 pgsan! Hahah~


August 5, 2011 at 4:36 PM
jokergurl said...

terima kasih for sharing terbelog..........terbaikkkkkk


August 6, 2011 at 12:01 AM

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.