Home
Pendapatan Online
Bola Sepak
TV1 LIVE
TV2 LIVE
TV3 LIVE
VTEC
Hubungi
Home » » 13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat


 Jangan Baca Kalau Hati Tak Cukup Kental

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

Note: TQ http://www.nuffnang.com.my/ dapat BE Volkwagen Das Auto Grapevine. Kalau baik hati boleh la klik ye :)


4- Sewa Tapak Iklan Teks Sehari 50sen Hubungi


Bawah Ni Menarik Juga :

Comments
23 Comments

23 Komen:

Kazman & Sue said...

hakikat memang pedih untuk diterima... tepuk dada tanya iman...

khairul said...

apa pon alasan mereka..bertaubatlah sebelum terlambat

A-Chik said...

memang betul..aku yakin macam tu lah alasan dorang..padahal sume alasan tu hanya nak mengelak dari menutup aurat..

diana said...

bila hati dah gelap macam2 alasan la yang dia bagi...

kenapa akak tak dapat iklan grapevine tu ye???jeles la...
tahniah dapat be...
dah lama tak dapat be nih!

Darulamanku said...

assalamualaikum friend...
baguih artikel.. tapi... ada ka kalau wanita depa baca depa amik tau atau depa wat tak tau... terpulanglah...
tapi apa2 pn biarlah depa jawab sendiri kelak nanti.. selamat hari raya maaf zahir dan batin

shida'R said...

saya kental sbb tu sya baca heheee ^_^

teynteyn the doll said...

huk3 teyn pon xpakai tudung dulu T.T
blum smpai masa :P

Anak Wak Mail said...

nombor 11 dengan 12 tu..aku tak dapat sangkalkannya..insaf!

Azie Azman said...

haha..nice one :)
peringatan yang baik..

fuad ansari said...

alasan tidak menghalalkan cara.. (",)

Mohd Izzar said...

mgkin lg senang klu ko letak gmbr dia jew..hohoho

sYafIk-wAy said...

isu yang tak habis-habis diperdebatkan . hahaha .

Anif Abdullah| AA said...

mantopp!!!

alangkah indahnya jika semua wanita b'tutup aurat.. :)

Cik Azizah said...

kan lebih cantik kalau perempuan menutup aurat..hehe tp isu ni mmg hot kalau didebatkan...muahaha

Bro ahmad said...

alasan banyak2 dosa pun banyak2 jugak hmm

Mrs.Yie said...

perempuan kalau x menutup kepala ibarat kepala dia tu berbogel..sama jugak macam pakai baju ketat2,seluar ketat..tu semuanya sama macam berbogel..

APAN said...

sebagai lelaki pun kena ada rasa tanggungjwb dlm bab ni...harap dpt la bimbing isteri and family aku nanti :)

Roti Telur said...

terbaikk punya...sentap..wkakaa..

puanbee said...

baca ni tak kesan pun hehe..

Terbelog said...

@diana
akak bukan tiap2 bulan masyuk ke hehe

COF said...

Bila merasa dia seorang muslimah harus memakai jilbab.

Terbelog said...

@Cik Azizah
buat la entri pembalasan jijah hehe

Terbelog said...

@Mrs.Yie
betul tu ustazah :)