Home
Pendapatan Online
Bola Sepak
TV1 LIVE
TV2 LIVE
TV3 LIVE
VTEC
Hubungi
Home » » Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Telefon Bimbit

Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Telefon Bimbit



1) NOMBOR KECEMASAN

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock ) sesetengah telefon.

2) KERETA TERKUNCI

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja. Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya .

p/s: sumber facebook.



Bawah Ni Menarik Juga :

Comments
22 Comments

22 Komen:

A-Chik said...

info paling bagus!

harrazdani said...

wahhh nice info bro...terutama berkenaan kunci kete tu...thanks

Khairil said...

berguna nanti tips ni....

APAN said...

menarik ni...x penah terbaca lagi...yg no 2 paling menarik kot...boleh lak tekan alarm jarak jauh.huhu...

shida'R said...

baguslah baru tau nih :)

caliph shuriken said...

nice.. kena hafal 112 ^^

khairul said...

ada sesapa pernah try yg # 2 tu tak ?

nowriz said...

nice info.. part hp kena curi tu yang best.. wat pengajaran untuk penyamun2 Hp..

Wanita2u said...

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

diana said...

bagus info ni..
tak ranmai yang tahu..

SoutulMujahid said...

wah.. menarik ni...
tp point pasal kereta terkunci tu, aku x paham...

Cik Azizah said...

wah nak share..jijah tak tahu pon benda ni..

Anak Wak Mail said...

memang info yang sangat berguna..tapi part yang ke2 tu..boleh je digunakan bagi yang tak ada alarm..telefon je sape yang ada mater key suh datang tempat kejadian..hihi

Mrs.Yie said...

eh..betul ke semua ni?kalau betul memang bagus le..selama ni kita duk ingatkan henpon cuma untuk kita berhubung dan bersms bermms je..rupanya ada kegunaan lain yg lebih penting.. :)

Terbelog said...

@Mrs.Yie
akak try la dulu hehe

ahmad kamil said...

hahaha..tak sangka hp ni byk gunanya...=P

mrs redzuan said...

akak da pernah try no 2 tu..=)

budakijaupendek said...

wa nice info la.
tak tahu pulak hp ada emergency no.
thanks admin.

Kazman & Sue said...

banyak-banyak info tu kan yg no. 2 yg paling aku suka... sebab aku ni jenis pelupa kunci... haaa3x

ymanzz said...

wah entry yg btl2 menarik dan berguna...yg part ke 2 tu betul ke dapat buat??

Terbelog said...

@ymanzz
try je..mne tau menjadi hikhikhik

jehanfrhin said...

info yg sangat berguna.. banyak gak eh kelebihan telefon ni.. tp lebih kepada nokia la pulak..