Harga Minyak Petrol Terkini

on 28.3.12

Harga Minyak Petrol Terkini 2012. Kerajaan Malaysia Tidak Akan Naikkan Harga Minyak.

Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan harga minyak walaupun harga bahan itu di pasaran dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Katanya kerajaan akan terus menanggung jumlah subsidi yang bertambah bagi memastikan beban rakyat berkurangan ekoran peningkatan harga barangan susulan kenaikan harga minyak dunia tersebut.

"Subsidi kita memang bertambah, dah jadi 93 sen setakat hari ini," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata pengurangan subsidi juga hanya akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain yang tiada kaitan secara langsung dengan minyak.

"Ini kerana bila kos pengangkutan meningkat akibat kenaikan minyak, maka pengguna yang akan menerima bebanan tersebut," katanya yang ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian.

Beliau berkata setakat ini beberapa negara di rantau Asia seperti China dan Indonesia sudah menaikkan harga minyak masing-masing ekoran harga bahan api yang melambung.

Semalam dilaporkan harga minyak diniagakan di bawah paras US$125 setong berikutan kebimbangan terhadap kestabilan kewangan di zon Euro selain sesetengah negara memberhentikan pembelian dari Iran bagi mengelakkkan sekatan pihak Barat. -BERNAMA

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.