Home
Pendapatan Online
Bola Sepak
TV1 LIVE
TV2 LIVE
TV3 LIVE
VTEC
Hubungi
Home » » Model Baru Kereta Proton P3-21A

Model Baru Kereta Proton P3-21A


 Model Baru Proton P3-21A

Proton telah melancarkan Model Kereta Proton yang terbaharu Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) P3-21A yang dijangka diperkenalkan kepada umum pada penghujung bulan ini berada sekitar RM62,000 hingga RM75,000 sebuah, berbeza mengikut varian yang ditawarkan.

"Tempahan ini juga boleh dilakukan di seluruh gerai pameran Proton di seluruh negara," katanya semasa berucap bagi merasmikan Pameran Automotif Proton, POWER OF 1, di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.


Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, tempahan model itu juga telah dibuka kepada orang ramai dengan harga tempahan awal serendah RM500.

Beliau berkata, pembeli yang membuat tempahan bagi model baru itu juga berpeluang memenangi hadiah utama Lotus F1 Team i-Race berupa pengalaman memandu kereta Formula Satu Lotus dan mengikuti program khusus sebagai seorang pemandu F1 dalam sesi khas ditaja sepenuhnya di Sepanyol.

Model P3-21A akan ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.6L CFE Premium, 1.6L CVT Executive dan 1.6 MT dengan menawarkan enam warna iaitu Merah, Hitam, Putih, Perang, Biru dan Perak.





Bawah Ni Menarik Juga :

Comments
3 Comments

3 Komen:

Umi Anaan said...

huih..macam cun je ni

Azhafizah[フィザ] said...

design proton dah makin maju.cayalah!

khairul said...

npk smart gak tu