Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2012,
kini dibuka semula mulai 1 hingga 30 April 2012 ni. Bagi Guru-Guru yang
ingin membuat pertukaran, boleh la berbuat demikian dengan memohon
melalui laman web
e-GTukar, yang tertera dibawah.
Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2012 ini adalah untuk Pertukaran
Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi
pertukaran bagi sesi Jun 2012, untuk
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44 (KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) sahaja.
Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2012 ini
akan mula dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan
guru-guru ke sekolah, boleh mula disemak di e-GTukar dimulai 26 Mei
2012.
Sekiranya semasa proses permohonan pertukaran guru, terdapat sebarang
pindaan yang perlu dibuat, pemohon dikehendaki untuk menghubungi pegawai
unit Menengah / Rendah di
Pejabat Pelajaran Daerah atau
Jabatan Pelajaran Negeri yang berdekatan dengan kadar segera sebelum sesi pertukaran bermula.
Selain itu, bagi guru-guru yang menghadapi masalah untuk membuat permohonan menggunakan
e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing untuk mendapatkan bantuan.
Bagi guru DG44 yang ingin memohon pertukaran ke Institut Pendidikan Guru
(IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Kolej Matrikulasi, sila
dapatkan maklumat lanjut di
SINI. Untuk makluman pemohon, hanya guru peringkat menengah sahaja yang layak untuk memohon pertukaran ke
Kolej Matrikulasi.
Gunakan internet explorer jika tidak laman e-gtukar tidak akan berfungsi!