Ganjaran RM20,000 Tangkap Ikan Naga Di Tasik Kenyir

on 18.4.12


KUALA TERENGGANU 18 April - Kerajaan negeri meningkatkan habuan wang tunai menjadi RM20,000 kepada kaki pancing yang berjaya menangkap ikan naga yang dipercayai hidup di Tasik Kenyir.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tawaran

itu merupakan perhatian serius kerajaan negeri kerana kehadiran ikan itu boleh menyebabkan spesies ikan lain di Tasik Kenyir pupus.

Katanya, tawaran itu dibuat berikutan ganjaran RM10,000 sejak tahun 2009 itu gagal menarik ramai pemancing untuk memburu ikan itu.

“Jika usaha menangkap dilakukan sekarang tidak berhasil, kita bercadang menaikkan ganjaran. Ini bukan usaha main-main. Yang penting ikan itu dapat ditangkap hidup-hidup,” katanya kepada pemberita di Wiswa Darul Iman, di sini hari ini. - UTUSAN

p/s: wujud ke ikan naga tasik kenyir ni?

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Tips Menghilangkan Jerawat Secara Berkesan
3- Panduan Lengkap Memelihara Kucing
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
1 Comments

{ 1 Komen... read them below or add one }

zulkbo said...

salam..
ha ha..bapa mertua saya ada
bela dalam kolam dulu sekor
last mati..panjangnya dah
nak macam buaya saya tengok
tak lalu nak makan..kitaorang
tanam je :)


April 19, 2012 at 1:29 AM

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.