Kalau dilihat kepada bentuk badan pelakon wanita Bollywood, Aishwarya Rai pastinya ramai yang begitu cemburu kerana fizikalnya yang kurus, seksi dan berkulit putih melambangkan seorang wanita yang terlalu cantik.
Aishwarya pernah dimahkotakan sebagai Ratu Dunia pada tahun 1994 kerana dirinya yang cantik hingga mampu menarik mata juri-juri dalam pertandingan itu.
Jadi, tidak mustahil untuk dia meraih kemenangannya.
Aishwarya sudah pun berkahwin dengan aktor lelaki, Abishek Bachchan yang juga anak kepada
hero Bollywood Amitabh Bachchan.
hero Bollywood Amitabh Bachchan.
Hasil perkahwinan mereka, Aishwarya dan Abishek telah dikurniakan anak pertama pada November 2011.
Bagaimanapun, dengan kelahiran anak pertamanya, Aishwarya tidak lagi mempertahankan ‘kecantikannya’.
Sekarang
ini, gambar terbaru pelakon wanita itu yang mempunyai bentuk badan yang
besar sudah pun tersebar meluas di ruang internet.
Ada juga dikalangan peminat-peminat Aishwarya terlalu kecewa dengan penampilan ‘baru’ pelakon itu.
Tetapi,
Aishwarya menegaskan kepada media-media di India bahawa dia seboleh
mungkin mahu menikmati perasaan menjaga anak sulungnya dengan gembira
tanpa perlu memikirkan masalah berat badan.
Mungkin bentuk badan Aishwarya yang sekarang hanyalah sementara. Siapa tahukan esok atau lusa dia kembali ‘mengancam’? - Mynewshub



