Berapa gaji minimum di sektor swasta. Berita gembira Najib dah umum pada malam tadi 30 April 2012. Di dalam ucapan beliau ada tiga elemen penting yang korang nak tahu sangat iaitu :
Pertama:
Gaji minimum akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali pekhidmat domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya.
Kedua:
Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, sementara bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam. Kerajaan juga menyediakan mekanisme pelaksanaan supaya gaji minimum yang ditetapkan ini tidak membebankan majikan dan tidak merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.
Ketiga:
Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah 6 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan. Walau bagaimanapun, untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil atau “micro enterprises” membuat persediaan sepenuhnya agar peniagaan mereka tidak terjejas, tempoh kuat kuasa bagi kategori ini ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.
Pengecualian 12 bulan ini tidak meliputi
kepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan,
firma guaman, firma arkitek, firma juru perunding dan sebagainya,
walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja 5 orang atau kurang. Mereka
mesti mematuhi gaji minima ini dalam masa 6 bulan.
Sebenarnya ada 31 perenggan semuanya. Korang nak baca ke? Kalau nak..boleh request kat aku..hehe
Bawah Ni Menarik Juga :
