Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangan awam bulan ini.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.- 8 Ogos 2011
P.S . Ini adalah petikan bonus raya pada tahun lepas.. tahun ni macam mana..adakah perkara sama akan berulang?? Sesiapa yang ada info terkini dan sahih boleh kongsi di sini