Che Ta & Zain Nikah Julai

on 26.2.13

Kuala Lumpur: Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 42, akhirnya membuka ‘mulut’ mengenai perancangan untuk berkahwin dengan buah hatinya, pelakon muda, Zain Saidin, 29, malah mengakui sudah memilih hujung Julai ini untuk bersatu.

“Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan,” kata Rozita ketika dihubungi, semalam.

Dia juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggapnya tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan rahsia lagi, lalu mereka sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta yang selama ini hangat diperkatakan menerusi media dan peminat.

“Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya,” katanya.


                                               
ZAIN dan Cik Ta bakal bergelar suami isteri.
Zain terkejut

Kuala Lumpur: Pelakon Zain Saidin nyata terkejut dengan keputusan kekasihnya, Che Ta untuk mengakhiri kisah cinta mereka lebih awal iaitu pada penghujung Julai ini.

Dia mengakui belum berbincang mengenai tarikh perkahwinan mereka kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Memang sebelum ini saya tidak terfikir untuk berkahwin dalam jangkamasa terdekat, tetapi apa pun kami akan berbincang lebih lanjut mengenai tarikh yang sesuai,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zain berkata, pelbagai persiapan perlu dilakukan membabitkan keluarga kedua-dua pihak.
“Memang bermacam perkara kena buat dan dirancang untuk berkahwin. Sudah tentu majlis perkahwinan kami ini membabitkan ramai pihak dan kami perlu merancang sebaiknya.

“Buat masa ini, saya sibuk dengan penggambaran program Oh My English! dan drama,” katanya.

Dalam nada gembira, Zain mengharapkan perkahwinannya nanti berkekalan dan menjadi majlis terbaik untuk dikenang dan dikongsi bersama peminat.

“Walaupun sudah berkahwin nanti, tetap ada cabaran pada kami melayari hidup berumah tangga. Saya pernah beritahu kepadanya, apabila pendapatan menjadi bersama dia tidak perlu lagi kerja keras.

“Mungkin dia hanya boleh fokus pada bidang pengacaraan berbanding lakonan kerana faktor masa kerja. Apa yang penting dia dapat fokus pada suami dan keluarga,” katanya. sumber


Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.