Info Semak Tarikh Lupus Tong Gas

on 19.3.13


Salam . Tak tahu pula tong gas ada tarikh lupus. Jom kita semak tong gas kita. Info ini dipetik dari salah sorang rakan blogger. Cara - cara adalah seperti berikut :-

Untuk menyemak tarikh luput tong gas, anda perlu melihat disalah satu sisi selinder gas, dimana tertera tarikh luput yang dikodkan secara alpha-numerical, contoh D-06, seperti yang tertara diatas.

Huruf A,B,C atau D, yang boleh dilihat ditong gas tu, mewakili bulan tertentu seperti yang tertera dibawah;

A - March (Suku pertama)
B - Jun (Suku kedua)
C - September (Suku ketiga)
D - Disember (Suku keempat)

Bila digabungkan contoh D-06, ini bermaksud tong gas tersebut hanya selamat digunakan hingga Disember 2006 sahaja.

Tahu tak kenapa perlu menyemak tong gas anda ? Okey dari apa yang diberitahu kepada aku, memandangkan kos untuk membuat dan melupuskan tong gas, makin meningkat, ada sesetengah sindiket ambil kesempatan, recycle tong gas terpakai, untuk isi semula gas walaupun tong gas tu dah melebihi tarikh luput.

Untuk mengisi gas kedalam tong gas pula, memerlukan tekanan tertentu. Kalau digunakan berkali-kali, tong gas akan terdedah kepada kebocoran dan meletup, bila terdedah kepada api, dan ini akan merbahayakan kepada pengguna.

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.