PHD Dari Sumber Along

on 1.3.13


“Pada mulanya, saya hanya pinjam RM5,000 daripada seorang along untuk membayar yuran pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD), tetapi apabila gagal membayarnya, along lain pula menghantar SMS dan menawarkan pinjaman.

“Kerana terdesak untuk menjelaskan hutang itu, saya meminjam daripada along kedua dan begitulah seterusnya sehingga saya berhutang dengan 11 along berjumlah lebih RM30,000 dan pernah cuba bunuh diri kerana terlalu tertekan,” kata mangsa buruan ceti haram yang hanya mahu dikenali sebagai Yati, 37.

Menurut Yati yang lumpuh separuh kaki akibat kemalangan jalan raya 13 tahun lalu, kehidupannya tidak pernah tenteram sejak menjadi ‘pelanggan’ along pada November lalu apabila kerap menerima ugutan bunuh, bakar dan disimbah asid jika lambat atau gagal membayar hutang mengikut masa ditetapkan.

“Saya pinjam RM5,000 untuk bayar yuran pengajian dan bercadang melangsaikannya selepas mendapat bayaran menyiapkan lima skrip drama televisyen bernilai RM30,000 yang dijangka diterima Disember lalu.

“Tetapi sebaliknya berlaku apabila ditipu syarikat produksi itu menyebabkan saya gagal membayar pinjaman along,” katanya ketika ditemui selepas membuat aduan di pejabat Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (LKPJM) di sini, semalam. sumber

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
1 Comments

{ 1 Komen... read them below or add one }

Zurina said...

seeloknya tak tjerumus dgn along...huhu


March 1, 2013 at 9:10 AM

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.