Remaja 12 Tahun Terbunuh Ops Daulat

on 10.3.13

Satu kejadian luar jangkaan berlaku hari ini apabila anggota keselamatan negara telah dengan tidak sengaja menembak mati seorang remaja berusia dalam lingkungan 12 ke 15 tahun.

Hal ini telah disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Menurut Ismail, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 9.45 pagi tadi.

 bukan gambar sebenar

Anggota keselamatan bertugas telah menahan dan memeriksa lima orang, secara tiba-tiba mereka melihat pergerakan dalam semak. Bertindak balas terhadap kemungkinan mereka berada di bawah serangan lelaki bersenjata Sulu, pasukan keselamatan melepaskan tembakan di dalam semak.

Hasil pemeriksaan dikawasan semak itu selepas itu membawa kepada menemuan remaja tersebut yang disahkan telah mati.

Seorang lelaki dalam lingkungan umur 30 tahun cedera di kaki dalam kejadian sama.Ismail berkata orang ramai telah diberitahu supaya menjauhkan diri dari kawasan-kawasan di mana polis dan tentera menjalankan operasi untuk mengusir lelaki bersenjata yang telah memasuki hari keenam. kredit

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.