Informasi Festival Belia Putrajaya 2013

on 24.5.13


Festival Belia Putrajaya 2013 yang dijenamakan semula daripada Himpunan Jutaan Belia bakal berlangsung selama empat hari tiga malam bermula dari 23 hingga 26 Mei.

Ia berkonsepkan pembangunan potensi diri, melestari kreativiti dan inovatif, memartabat perpaduan serta jati diri.

Festival yang akan diisi dengan 30 segmen dan 500 acara itu memberi fokus kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan sukarelawan.

Lokasi kesemua acara ini akan diadakan di sepanjang lima kilometer di Persiaran Perdana dari Presint 6, 18, dan 20.

Himpunan di Putrajaya anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu telah bermula sejak 2010 dengan mencatat kehadiran lebih 200,000 pengunjung sebelum berjaya menarik kehadiran lebih sejuta belia pada tahun lepas.

Festival itu bersandarkan kepada konsep ruang untuk golongan belia menunjukkan bakat, pasaran belia itu sendiri, penampilan sesuatu yang baru dan semangat patriotik kepada negara.

Antaranya aktiviti ialah :


Pelancaran festival oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Mei pada pukul 5 petang,

Pesta Bunga Api diadakan 2 malam berturut-turut iaitu pada 25 dan 26 Mei

Aktiviti Lasak (Adventure World Expo) memanah, scuba diving, sukan rally, memancing, paintball, motor cross, rock climbing dan banyak lagi

Majlis IjabKabul Mega akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin..

Perarakan Mega Belia, acara-acara antarabangsa (melibatkan ASEAN+3), dan Feista Muzik Dunia

Konsert Artis Tanah Air

Facebook Festival Belia Putrajaya 2013

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.