Kahwin Seusia 13 Tahun

on 23.5.13


KULIM – Walaupun berkahwin pada usia 13 tahun pada tahun lepas, Nur Fazira Saad dan suami yang kini berusia 20 tahun tidak menyesal.Nur Fazira berkahwin dengan Mohd Fahmi Mohamed Alias, seorang pemetik buah-buahan.Beliau berkata telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik.

“Ia menyeronokkan. Sebelum berkahwin, saya sudah tahu bagaimana untuk memasak jadi memasak dan mencuci bukan masalah bagi saya,” katanya yang berusia 14 tahun, sambil menambah hidangan kegemaran suaminya adalah asam pedas dan ayam masak merah.

Katanya, dia dan suaminya tidak mahu mempunyai anak lagi kerana mereka masih muda.

Mohd Fahmi berkata berkahwin bermakna kedua-dua mereka terpaksa memikul tanggungjawab yang lebih besar tetapi mereka tidak mempunyai masalah setakat ini.

“Dia menjaga saya dengan baik dan memberitahu saya bagaimana dia gembira sepanjang masa.

“Ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan kami menyokong keputusan kami untuk berkahwin,” kata Mohd Fahmi ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Selasa.

Menyifatkan Nur Fazira sebagai seorang isteri yang baik, beliau berkata kehidupannya menjadi lebih mudah dan lebih seronok untuk selepas berkahwin.

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.