Kolagen Pada Rumpai Laut Tak Wujud

on 13.5.13


Adakah benar rumpai laut Sabah mengandungi kolagen?

Jawapannya ialah rumpai laut tidak mengandungi kolagen. Setakat ini tiada sebarang kajian sains yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana pun asalnya didapati mengandungi kolagen.

Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan iaitu meliputi semua haiwan bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang. Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein.

Protein yang memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal yang menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen. Jadi, menyatakan sesuatu jenis rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana terdapat protein di dalamnya adalah tindakan yang tidak bijak.

Istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein yang amat penting kepada tubuh. Lebih kurang tiga puluh peratus dari keseluruhan protein dalam tubuh manusia adalah terdiri dari kolagen. maklumat penuh

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.