Perkembangan Kes Terkini Pembunuh Jutawan Sosilawati

on 23.5.13

 gambar atas ni bukan semua terlibat ya

4 tertuduh yang kini berhadapan dengan hukuman mati adalah bekas peguam N. Pathmanabhan, 43, dan pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22 dan R. Kathavarayan, 33,

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada keempat-empat tertuduh yang terlibat dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Banting pada tahun 2010.

Perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011 berjalan selama 113 hari dengan 108 saksi pendakwaan dan 30 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan serta 742 bahan bukti dikemukakan selain 6, 000 nota prosiding dikemukakan kepada mahkamah.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011. Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui keraguan munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dibunuh dengan kejam selepas dilaporkan hilang ketika mereka pergi ke Banting atas urusan pembelian tanah.

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.