Polis Diherdik Dapat Pengiktirafan

on 29.5.13

29 Mei 2013, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, satu majlis serba ringkas diadakan untuk menghargai Konst Muhalim Bin Osop yang terlibat dalam penugasan Ops Aman menangani Perhimpunan "Malam Solidariti Bersama Adam Adli". Secara profesional beliau berjaya mengekalkan sifat tenang, sabar, berbudi bahasa, tegas dan komited sehingga dapat mengawal keadaan daripada kucar kacir walaupun beliau telah dicerca, dimarah, disorak, ditengking, dihina dan dicabar oleh peserta-peserta perhimpunan. Ini menggambarkan kefahaman dan kepatuhan beliau terhadap dasar semasa dan pendekatan pasukan dalam situasi ketenteraman awam dan sewajarnya dijadikan contoh kepada yang lain.


Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.