2 Minit Dapat RM350,000

on 29.6.13



Kejadian berlaku terlalu pantas, sebaik mendengar bunyi jeritan, saya menjengah ke luar kedai dan sempat melihat perompak berkenaan berlari keluar membelakangkan saya sambil kedua-dua tangannya menggenggam barang kemas.” Demikian menurut seorang saksi enggan dikenali yang menyedari kejadian rompakan kedai emas di Jalan Bonus 6, Masjid India, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu dipercayai dilakukan enam lelaki bermotosikal yang bersenjatakan pistol, ketika pemilik kedai baru sahaja memulakan operasi perniagaan.

Ia mengakibatkan kerugian bernilai kira-kira RM350,000 apabila kumpulan perompak itu melarikan tujuh dulang emas.

Saksi berkenaan yang juga peniaga berhampiran berkata, ketika kejadian, dia sedang membuka premisnya untuk memulakan operasi dan secara tiba-tiba kedengaran bunyi cermin dipecahkan sebelum terdengar jeritan.

Menurutnya, kejadian berlaku dalam tempoh kurang dari dua minit. - sumber

p/s: 2 minit RM350,000 ... kaya-kaya  !

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.