Benjy Ditangkap Lagi Kes Positif Dadah Jenis Syabu

on 27.6.13

benjy

Pelakon lelaki yang sebelum ini pernah dihukum kerana memiliki dadah pada 2009 sekali lagi ditahan pagi semalam kerana penyalahgunaan dadah.

Khaeryyl Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy ditahan pada jam 11.30 pagi semalam dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa.

Hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas anak kepada pelakon Azean Irdawaty itu didapati positif dadah jenis syabu.

Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu hari ini di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.

“Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya,” katanya. - Bernama

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.