Benjy Tumbuk Kepala Jurugambar

on 28.6.13


Pelakon era 90-an, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy bertindak agresif mengasari seorang jurugambar ketika mengelak gambarnya dirakam dalam keadaan bergari di Mahkamah Majistret Ampang di sini pagi ini.

Benjy, 35, bertindak demikian ketika dibawa anggota polis di bangunan mahkamah itu untuk mendapatkan perintah tahanan reman selepas dia ditahan semalam berkaitan satu kes dadah.

Pelakon itu mulanya dilihat cuba menutup wajah dan menghalang beberapa jurugambar daripada merakam gambarnya ketika keluar dari bilik mahkamah sebelum tiba-tiba bertukar agresif.

Anak kepada dramatis veteran Azean Irdawaty Yusoef itu kemudian menumbuk kepala seorang jurugambar sebuah syarikat akhbar dan turut menepis beberapa kamera jurugambar lain.

Artikel Penuh: utusan.com.my.


Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.