Audi Q7 Jika Menang Piala FA

on 29.6.13


tengku johor

Audi Q7 jika menang Piala FA Itu Janji Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim | Perlawanan Akhir Piala FA JDT Vs Kelantan ( 29/6/2013 ) | DUA pemain terbaik pasukan Johor Darul Takzim (DT) pada musim ini akan menerima ganjaran berbentuk kereta utiliti sukan (SUV) Audi Q7.

Ini diumumkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini.

Tunku Ismail berkata, ganjaran tersebut adalah tambahan kepada bonus lumayan yang akan diberikan kepada kedua-dua pasukan Johor sekiranya JDT memenangi Piala FA menentang Kelantan pada final, Sabtu ini.

"Semua inisiatif ini dilakukan sebagai menunjukkan penghargaan terhadap segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan pasukan dan para pemain terhadap perlawanan JDT Vs Kelantan ," katanya.


Mengulas mengenai perlawanan final di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti, Tunku Ismail menyeru kedua-dua penyokong pasukan itu agar sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku mereka ketika di stadium semasa perlawanan antara JDT Vs Kelantan sedang berlangsung.

"Saya berharap para penyokong yang datang di Stadium nanti patuh kepada arahan pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas dan elakkan daripada mencetuskan sebarang kekecohan dan provokasi sepanjang JDT Vs Kelantan beraksi.

"Saya berharap juga penyokong dari kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan dan persaudaraan," katanya.

Tunku Ismail juga memberitahu satu perjumpaan ramah mesra di antara penyokong JDT dan Kelantan akan diadakan di kawasan rehat Seremban, Lebuh Raya Utara-Selatan sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Bukit Jalil pada hari perlawanan - Sinar Harian

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
3 Comments

{ 3 Komen... read them below or add one }

APAN said...

harapnya x ilang la kubah2 tu nanti...


June 26, 2011 at 2:40 PM
fAreL... said...

datang n follow u..!!nice blog..follow me back..


June 26, 2011 at 3:13 PM
Siti Arfah said...

Em cantek masjid2 kt ats tu. Jgn xde org g solat lam masjid tu dh. Jgn sbg perhiasan dunia semata2 dh ler .^^


June 26, 2011 at 5:55 PM

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.