Penjualan Vitamin C Palsu di Facebook

on 28.6.13

Jabatan Kesihatan Selangor menumpaskan sindiket penjualan vitamin C bagi tujuan kecantikan, secara haram menerusi internet, semalam.

Kegiatan sindiket itu terbongkar selepas pegawai Bahagian Perkhidmatan Farmasi, jabatan itu menyerbu pangsapuri mewah di Taman Cheras Hartamas, jam 10 pagi, hasil maklumat risikan.

Turut dirampas, pelbagai jenama vitamin C bernilai RM50,000, dengan sebahagian besarnya diseludup masuk dari Thailand dan China, selain tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.


Difahamkan, seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun dipercayai dalang utama sindiket itu turut ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Seksyen Pencegahan dan Kesedaran Pengguna (Cawangan Penguatkuasa) Jabatan Kesihatan Selangor, Halimi Mat Piah ketika mengesahkan serbuan itu, berkata hasil siasatan mendapati kaedah pengambilan vitamin berkenaan adalah secara suntikan, khusus bagi tujuan kecantikan.

Suspek didapati berurusan dengan pelanggan melalui blog dan Facebook bagi mempromosikan produk berkenaan, dengan setiap pesanan dihantar kepada pelanggan melalui kiriman pos, katanya.- Berita Harian

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
1 Comments

{ 1 Komen... read them below or add one }

maza said...

mmg kena berhati2 skarang ni jangan benda tu sepatotnya untuk kebaikan last2 jadi sebaliknya, biarlah keluar duit skit beli barang mahalkan...


June 28, 2013 at 11:34 PM

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.