Penyokong JDT Jatuh Stadium Meninggal Dunia

on 2.6.13


Seorang penyokong bola sepak pasukan Johor Darul Takzim yang koma selepas terjatuh dari ketinggian 15 meter bahagian tempat duduk penonton Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 25 Mei lepas, meninggal dunia, di sini, hari ini.

Rosdhi Rosiman, 29, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, di sini, kira-kira pukul 2.15 pagi tadi, selepas koma selama sembilan hari di hospital itu.

Doktor mengesahkan buah pinggang Rosdhi gagal berfungsi dan Allahyarham hanya membuka masa seketika pada hari kedua di hospital sebelum meninggal dunia dalam keadaan masih koma.

Jenazah Rosdhi merupakan anak kelima dari lapan beradik dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bendahara, Kebun Teh, di sini, kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Allahyarham merupakan peminat tegar pasukan Johor Darul Takzim. Al-Fatihah. sumber

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.