Petua Yatt Hamzah Kekal Awet Muda

on 28.6.13

Boleh kongsi petua untuk kekal langsing seperti anda?

Sebenarnya tiada apa-apa petua, cuma saya memastikan air masak diminum dalam jumlah yang banyak setiap hari, selain penting untuk tubuh ia membantu mendapatkan kulit yang sihat dan segar.


Adakah anda seorang yang mengamalkan senaman?

Sebenarnya sebelum kahwin memang saya gila bersenam, setiap minggu pasti saya akan ke gim, bagaimanapun, sekarang masa saya agak terbatas. Tetapi saya akan tetap ke gim sekurang-kurangnya satu atau dua kali sebulan.

Petua Yatt Hamzah Langsing

Lain-lain, saya rajin bergerak dan melakukan kerja-kerja rumah supaya peluh sentiasa keluar. Saya tidak akan sesekali duduk di depan laptop sahaja, bahkan bermain bersama anak juga membantu saya berpeluh.


Bagaimana pula dari sudut pemakanan?

Saya sebenarnya tidak mengamalkan diet ketat, malah saya juga makan nasi seperti biasa. Tetapi saya tetap kawal jumlah yang makanan yang dimakan. Saya akan dalam kadar sedikit tetapi kerap.

Misalnya, sehari lima kali. Selain itu, kalau dah makan terlampau banyak, saya akan mengurangkan makanan untuk menu seterusnya. Saya juga turut mengamalkan sunnah Nabi dengan mengunyah  makanan sebanyak 44 kali supaya makanan mudah hadam.


Buah-buahan sangat berkait rapat dengan kecantikan. Bagaimana dengan anda?

Saya juga sangat suka makan buah, setiap hari mesti makan. Saya juga akan sentiasa pastikan di dalam peti ais sentiasa ada buah-buahan.


Anda juga tampak muda dari usia, apa pula rahsianya ?

Perkara ini memang diamalkan oleh saya setiap hari, bukan susah pun, saya hanya mengikut sunnah dengan bangun dan mandi sebelum subuh. Selepas itu saya tidak akan tidur lagi, sebaliknya saya akan lakukan kerja rumah. Cara ini sangat berkesan untuk awet muda.


Anda juga selalu mengenakan solekan tebal, bagaimana rutin penjagaan wajah anda?

Biasanya selepas penggambaran, saya akan terus mencuci wajah sebersihnya dengan menggunakan air mineral atau air biasa sambil berselawat ke atas Nabi. Untuk menaikkan seri wajah pula, saya sentiasa ambil wuduk dan menjaganya agar tidak terbatal.


Sebagai wanita bertudung, bagaimana anda menjaga kesihatan rambut?

Saya lebih selesa mencuci rambut setiap hari. Ialah bila pakai tudung, kepala mudah berpeluh dan menyebabkan rambut berbau.


Aktiviti di masa lapang?

Biasanya jika ada kelapangan, saya lebih gemar menghabiskan masa di rumah untuk melayan anak dan suami.


Sedikit perkembangan terbaru anda...

Saya bakal muncul sebagai hos dengan program masakan islamik iaitu Sajian Sunnah di RTM. Dalam pada itu, saya juga sibuk dengan butik baru saya yang diberi nama 'Suci by Yatt Hamzah'.


PROFIL

Nama: Haryati Hamzah
Tarikh Lahir: 13 April 1980
Tempat Lahir: Muar, Johor
Suami: Abdul Mutalib Abdul Shukor
Anak: Suci Hanania Malika
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa & Pengajian Media.
Kerjaya: Model, Pengacara Dan Pelakon.
Drama: Nasi Lemak Kukus, Rencong, Kaber Hero Kaber Zero, Hidayah, Bella Dan Ritma Kolej, Rendang Raya Mak Tijah, Slot Lagenda Ular Emas
Filem: Impak Maksima Dan Kecoh Betul - mforum

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
1 Comments

{ 1 Komen... read them below or add one }

suri said...

salam..suka cara dia pakai tudung ini salahs atu cara betul tutup aurat..tahniah utk kehidupan dan perubahan dia :)


July 2, 2013 at 10:30 AM

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.