Rupa Proton Baru Akan Dilancarkan 2014

on 27.6.13

gambar proton baru

PROTON Holdings Bhd akan melancarkan satu model kereta kompak pada tahun hadapan, dan menjadi model pertama penentu generasi kenderaan dari syarikat itu.

“Kereta kompak yang baru itu akan menjadi titik permulaan kepada barisan senarai model yang segar dari Proton,” jelas pengerusi eksekutif Tan Sri mohd Khamil Jamil.

“Seperti yang kami telah umumkan sebelum ini, saya fikir model baru tersebut akan dibina di kilang Tanjung Malim, Perak,” tambah beliau.

Mohd Khamil yakin yang Proton boleh mengambil semula kedudukan paling atas untuk pengeluar, dari segi jumlah jualan, dalam masa dua tahun akan datang.

“Kami bersikap positif dalam membuat “comeback” untuk kembali menjadi nombor satu dalam masa dua tahun,” jelas beliau semasa melancarkan peraduan menamakan Proton kompak yang baru, kelmarin. Peraduan Nama Siapa Hebat terbuka kepada semua warga Malaysia berumur 12 tahun ke atas.


Jelas beliau mengenai kereta baru itu, Mohd Khamil berkata: “Ianya sungguh bergaya dan kumpulan sasaran untuk model itu ialah, sesiapa yang sukakan gaya hidup aktif, dari muda hingga yang tua, malah untuk sesiapa yang ingin menaiktaraf dari kereta yang kecil.”

Mungkin kereta kompak tersebut adalah hasil akhir daripada kereta konsep Proton EMAS yang dipertontonkan di Pertunjukan Motor Geneva pada 2010; akan tetapi dinafikan oleh seorang Senior Eksekutif Proton. - arena kereta

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
3 Comments

{ 3 Komen... read them below or add one }

diana said...

cantikny..HARGA CANTIK JUGAK KOT...


June 27, 2013 at 11:27 AM
Terbelog said...

tgk mcm x cantik je kak hehe


June 29, 2013 at 10:32 PM

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.