Status Jerebu Terkini 3 Kawasan Masih Bahaya

on 26.6.13


KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu yang melanda negara semakin pulih apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakan kawasan mencatat penurunan sehingga tahap sederhana setakat 5 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini, hanya tiga kawasan yang mencatat paras IPU tidak sihat manakala 42 kawasan pada paras sederhana dan tujuh lagi pada paras baik.

Kawasan yang masih berada di paras tidak sihat ialah Nilai yang merekodkan bacaan IPU 153 berbanding 156 pada 11 pagi tadi, Seremban mencatat 104 berbanding 118 manakala Bukit Rambai di Melaka mencatat 106 berbanding 109.

Hujan di kebanyakan kawasan petang dan malam semalam turut membantu mengurangkan partikel debu di ruang udara dan menyebabkan kualiti udara bertambah baik.

Keadaan itu juga berikutan kekuatan angin barat daya yang bertiup dengan kelajuan 10 kilometer sejam dan angin dari pelbagai hala menggerakkan asap jerebu ke kawasan lebih luas meliputi di Semenanjung Malaysia. - Bernama

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.