Tips Agar Selipar Tidak Hilang

on 29.6.13

selipar jepun
  1. Jangan memakai selipar yang punyai jenama seperti Adidas, Nike, Dr Cardin atau Crocs. Sebaliknya gunakan yang berjenama tiruan seperti Abibas, Naik, Dr Kakdin, Broks, Selambaland. Lagi bagus jika anda pakai terompah kayu.
  2. Jika dah tak ada selipar yang seperti di atas, semuanya yang ada semuanya berjenama, maka simpanlah pasangan selipar anda di tempat yang jauh di antaranya; misalnya selipar sebelah kanan, anda letak di Masjid Jamek, selipar yang sebelah kiri, anda letak dan simpan pula di Masjid India (sekadar contoh).
  3. Gunakanlah saiz selipar yang berbeza, contohnya selipar sebelah kanan bersaiz 37, dan sebelah kiri bersaiz 45.
  4. Gunakan selipar yang sama kedua-duanya iaitu kedua-duanya kanan atau kedua-duanya kiri.
  5. Anda digalakkan untuk tulis nama pada selipar anda, siap dengan no tel ataupun no kad pengenalan agar senang dihubungi jika dijumpai. Lagipun ia amat mudah untuk pengesanan dan pengecaman jika dijual sebagai barang lusuh atau bundle.
  6. Andai ada kemampuan, pasanglah kamera & tracker dengan GPS secara tersembunyi pada selipar anda, agar anda boleh memantau dimana posisi selipar anda jika selipar anda di curi. Nak letak kotak hitam pun boleh.
  7. Gunakanlah selipar yang berbeza, selipar sebelah kanan warna pink dengan hiasan bunga matahari, sebelah kiri warna kuning dengan hiasan kepala tengkorak.
  8. Anda boleh mangga dan padlock untuk kunci selipar anda. Cara ini diyakini berkesan bagi kes2 di masjid.
  9. Letakkan sehelai kertas di atas selipar anda yang berbunyi ‘Selipar ini Ajoi yang punya ’ ; ‘Selipar ni murah, jual tak laku’ atau anda tulis pengumuman begini ‘Ini bukan selipar..! sumpah ini bukan selipar..!’
  10. Tips terakhir , paling ampuh dan yang paling berkesan ialah : Pakailah selipar jepun atau kasut, supaya anda tidak akan kehilangan selipar - sumber


Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.