2 Juta Keuntungan Candy Crash Sehari

on 14.7.13

CANDY CRUSH UNTUNG RM 2 JUTA SEHARI | Permainan maya yang sangat popular dalam kalangan pengguna telefon pintar dan tablet pada hari ini. Bagai mempunyai magnet, sekali cuba pasti pemain akan berasa seperti ketagih untuk terus merentas level demi level teratas.

Sungguh pun permainan ini boleh dimuat turun secara percuma, tanpa disedari ramai pengguna terjebak untuk mengeluarkan belanja akhirnya semata-mata demi kepuasan hati dan hilang sabar.
Hal ini kerana semakin tinggi level permainan akan bertambah tinggi kesukaran untuk menyudahkannya.
install candy crash

Tidak hairanlah pengguna mudah terumpan untuk mendapatkan ‘nyawa’ tambahan dan lain-lain kelebihan bagi memenangi permainan dengan cara membayar sedikit kos. Perkara ini dimaklumi oleh semua peminat permainan maya termasuk Candy Crush.

Di sebalik fenomena dicetuskan Candy Crush, pihak paling untung sudah tentulah pembangunnya, King.com Limited. Bagi permainan yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada September 2012 ini, syarikat berkenaan mengaut sebanyak USD633,000 sehari (RM2,018,853) atau bersamaan USD6.7 juta (RM21 juta) setahun.

Jika mengambil kira sebanyak 6.7 juta pemain aktif Candy Crush, secara purata seorang pemain membelanjakan sebanyak USD2.84 atau RM9.05 untuk permainan ini setiap hari.
Candy Crush Saga boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan boleh digunakan di iPhone, iPad dan iPod.

Apa pun, berhati-hatilah! Daripada permainan yang hanya percuma pada mulanya, tidak mustahil anda mungkin salah seorang penyumbang jutaan ringgit keuntungan harian King.com Limited selepas ini. ilustriku.com

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
4 Comments

{ 4 Komen... read them below or add one }

Puteri Kasih said...

puteri pun main candy crush tapi setakat hari ni dan pastinya juga hari-hari yang mendatang, puteri memang tak akan belanjakan duit untuk game ni. Main untuk suka-suka je, bukan untuk membazir duit..hehe


July 14, 2013 at 2:33 PM
Terbelog said...

dah level berapa


July 14, 2013 at 2:56 PM
Saidila Binti Abdul Rahman said...

first time komen kat blog ni....salam perkenalan

kalo namanya candy crush ni akak pun agak ketagih jugak....level skrg kat 147...lama giler stuck kat situ...tapi akak dah jumpa cara nak tambah nyawa tanpa rekues kat kawan walaupun offline....nak tahu caranya...sila rujuk sini....ehehehe

http://dila79inperson.blogspot.com/2013/06/tutorial-cara2-tambah-nyawa-game-candy.html

happy candy crush...!!!


July 20, 2013 at 11:33 PM
Terbelog said...

salam perkenalan. tq for komen dan info :)


July 21, 2013 at 6:08 PM

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.