Alvian Tan dan Vivian dipanggil SKMM

on 14.7.13

Alvin dan Vivian

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil pasangan yang mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, di laman Facebook mereka.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi mengesahkan bahawa kedua-dua individu, Alvin Tan dan Vivian Lee, telah dipanggil untuk merakamkan kenyataan mereka dan membantu siasatan.

“Kami telah memanggil pasangan tersebut. Mereka dijangka hadir di pejabat penguatkuasaan SKMM esok,” kata Datuk Sharil.

Pasangan itu memaparkan gambar di laman Facebook kononnya mereka sedang menikmati makanan yang tidak halal dengan kapsyen “Selamat berbuka puasa dengan Bak Kut Teh... Wangi, enak dan menyelerakan!" - Bernama

p/s kita tunggu apa perkembangan kes ini.

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.