Batal Tak Puasa Gosok Gigi di Bulan Puasa

on 15.7.13

kesan gosok gigi di bulan ramadhan

Hukum batal tak puasa kerana gosok gigi dipetik dari email Ahmad Fuad <ahmad0386@yahoo.com> kepada SheikhUzar

Saya tertarik dengan jawapan yang dikemukakan oleh sheikh UZAR, alim dalam bidang ilmu agama. Banyak perkara yang telah saya pelajari darinya. Semoga ALLAH berkati usianya menyebarkan ilmu dan menyampaikan kefahaman yang sahih kepada kita semua.

Sebelum kita melangkah dengan lebih mendalam bagi membahaskan tajuk ini, adalah wajar sekiranya ditinjau terlebih dahulu akan tujuan bersiwak. Sudah tentu tujuannya ialah untuk menjaga kebersihan mulut supaya tidak menganggu masyarakat di sekeliling kita di samping supaya kebersihan dan kesihatan mulut dan gigi terpelihara.

Inilah fokus utama mengapa Nabi bersabda ' Jika tidak menyusahkan umatku, pasti aku perintahkan mereka bersiwak (gosok gigi) setiap kali (berwudhu') untuk menunaikan solat'. Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim.

Justeru, persoalan sama ada menggukan kayu siwak, ubat gigi, berus gigi atau air tidak timbul. Kesemua ini hanyalah alat bagi mencapai tujuan yang dimaksudkan oleh baginda iaitu kebersihan.

Saya menyedari kedaifan diri saya ini. Namun begitu, saya kurang bersetuju dengan ijtihad yang mengatakan bahawa menggunakan air atau ubat gigi adalah makruh kerana dikhuatiri akan tertelan. Istilah 'ter' telan menunjukkan perbuatan yang berlaku di luar jangkauan kita.

Begitu juga dengan termakan, ia tidak membatalkan walhal si termakan tersebut sudah termakan dua pinggan nasi. Justeru, perbuatan yang tidak disengajakan adalah dimaafkan. Ini kerana ini berlaku di luar kawalan normal minda manusia. Lihatlah bagaimana ISLAM yang tulin menyediakan landasan yang kukuh dalam memudahkan urusan penganya kerana ALLAH inginkan kemudahan bagi hambaNya, bukannya kesukaran.

Saya sebagai penuntut ilmu dan memerlukan banyak bimbingan dari sheikh UZAR berpandangan bahawa penggunaan ubat gigi, air atau berus gigi merupakan perkara yang dibolehkan bagi mencapai tujuan dan fokus saranan Nabi SAW iaitu kebersihan mulut. Wallahu-a'lam. Teguran dan nasihat dialu-alukan. 

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
4 Comments

{ 4 Komen... read them below or add one }

Admin said...

tak batal tuan, tapi kalau minum air paip tuh, batal hehe


July 15, 2013 at 10:30 PM
Terbelog said...

kalo minum..sah2 la batal haha


July 15, 2013 at 10:40 PM
Norazizah Hashim said...

Terbaik... Pas gosok gigi, gosok baju... :)


July 16, 2013 at 7:34 AM
Bahrain Ramlan said...

perkongsian yang menarikkk..cara dia berhujah tu membuat aku tertarik..Dapat pencerahan sdikit ilmu baru..


July 16, 2013 at 12:52 PM

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.