BRIM 3.0 Bakal Menyusul

on 2.7.13

3.0

Kerajaan sedang meneliti secara terperinci jumlah kenaikan yang bersesuaian untuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan mengambil kira unjuran kewangan semasa negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, penelitian kenaikan jumlah pemberian itu selaras dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar.

“Kerajaan telah meneruskan BR1M 2.0 pada 2013 sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat Malaysia terutama keluarga yang berpendapatan rendah.


“Pemberian BR1M ini membantu merancakkan ekonomi setempat. Cuba bayangkan dari Perlis hingga ke Sabah, semua kedai runcit dan pasar laku. Perkara ini meningkatkan pertumbuhan ekonomi setempat kerana penerima BR1M sebanyak RM500 dan RM250 (penerima bujang) akan membelanjakannya terus. Mereka tidak menyimpannya dalam bank,” katanya.

Berhubung soalan Datuk Ir. Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan akan menaikkan had kelayakan penerima bantuan itu daripada isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 kepada RM5,000, Ahmad memaklumkan kerajaan sedang meneliti perkara tersebut. sumber

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.