CICAKMAN bukan Apek Lagi 15 Ogos Mula Penggambaran

on 23.7.13

Siapa cicakman baru

ZIZAN BAKAL GANTI APEK PEGANG WATAK CICAK MAN | PELAWAK dan pelakon terkenal, Zizan Razak akan menggantikan Saiful Apek menerusi siri filem francais terbitan KRU Studios yang bakal memulakan penggambarannya bermula 15 Ogos depan.

Selain Zizan, barisan pelakon lain yang terlibat dalam pembaharuan filem Cicak Man 3 itu ialah Lisa Surihani, Fizz Fairuz dan Yus Jambu.

Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Pegawai Ekskutifnya, Norman Abdul Halim berkata kepada Berita Harian, “memang ada beberapa elemen pembaharuan dalam judul ketiga ini, tetapi kita masih lagi mengekalkan kesinambungan cerita di antara filem yang pertama hingga ketiga.

Logo Cicak Man juga masih kita kekalkan, cuma mungkin ada pembaharuan dari segi kostum”.

Sebelum ini, watak Cicak Man digalas oleh Saiful Apek menerusi menerusi filem Cicak Man dan Cicak Man 2 – Planet Hitam dan turut dibintangi oleh artis popular seperti Fasha Sandha, Yusry, Datuk Aznil Nawawi dan Datuk Ac Mizal.

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
1 Comments

{ 1 Komen... read them below or add one }

Fyna Ahmad said...

owh.. kira pengganti apek lah nih. hopefully best lah kan.


July 23, 2013 at 10:26 AM

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.