Gambar Stesyen Minyak Meletup di Cheras

on 7.7.13


Kebakaran berlaku selepas pam minyak meletup di sebuah stesen minyak di Jalan Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi. Dua pemandu yang sedang mengisi minyak kenderaan nyaris maut apabila salah satu pam minyak itu meletup di sebuah stesen minyak di Jalan Cheras.

Kedua-dua lelaki terbabit yang masing-masing memandu kereta Citreon dan Perodua Myvi sedang mengisi minyak secara sebelah menyebelah di satu pam di situ apabila sebuah pam minyak berdekatan mereka tiba-tiba meletup kira-kira jam 10.30 malam.
 

Bagaimanapun, mereka terselamat daripada disambar api apabila dihalang kenderaan masing-masing tetapi kedua-dua kenderaan rosak teruk. Tiga jentera dari Balai Bomba Jalan Tun Razak, Hang Tuah dan Pudu bersama Unit Bermotosikal (RIM) dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.

Ketika pihak bomba tiba, api sudah dipadamkan oleh pekerja dan orang awam yang berada di tempat kejadian, dan pihak bomba tidak menolak kemungkinan letupan berpunca daripada puntung rokok atau penggunaan telefon bimbit. -  sumber

meletup



Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
1 Comments

{ 1 Komen... read them below or add one }

puteri kasih said...

tulah bahayanya kalau tak menjaga keselamatan semasa mengisi minyak


July 7, 2013 at 12:27 PM

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.