Guru Ditembak Mati

on 8.7.13

Guru ditembak sehingga mati

Guru Penolong Kanan SK Beris Pancor di tembak mati semasa baru keluar dari sekolah petang tadi. Al-fatihah.

Simati / Mangsa : Hashim B. Mat Zain.

Siasatan Awal Polis.
Pada 08/07/2013 jam l/krg 1340 hrs. Semasa mangsa keluar dari Sek Ren Keb Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan telah ditembak oleh suspek yang tidak dikenali. Kereta mangsa telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti dihadapan sebuah rumah alamat Lot 1843, Kg. Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan. Pemeriksaan forensik mendapati 4 das tembakan telah dilepaskan oleh suspek dan 3 mengenai cermin depan, 1 das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu. Manakala pada badan mangsa terdapat 3 das tembakan. 1 anak peluru di percayai telah dijumpai didalam kusyen pemandu. Siasatan awal dapati mangsa selain bertugas sebagai guru turut menjalankan pelbagai perniagaan seperti perniagaan balak, shakle( Direct Selling), kontrak kantin sekolah dll. Mengikut maklumat mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak dan perkara ini sedang dalam siasatan. Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital RPZ II KB untuk bedah siasat yang dijangka akan dijalankan malam ini.

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.