Jabatan Penegahan dan Pembanterasan Jenayah Dilancar PDRM

on 1.7.13

jawatan kosong polis

SUNGAI SIPUT - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan jabatan baharu iaitu Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) sebagai inisiatif terbaru mengurangkan jenayah.

Penubuhan jabatan itu telah diluluskan oleh kerajaan pada 16 Jun lepas manakala bekas Ketua Urusetia Jabatan NKRA Bukit Aman, Datuk Wira Ayub Yaakob dilantik mengetuai jabatan itu.

Mengumumkan demikian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini tiada jawatan baharu dibuka untuk jabatan itu namun hanya mengubah butir-butir jawatan sedia ada.
 

"Jabatan ini mempunyai cawangan bukan sahaja di Bukit Aman tetapi di Kontinjen dan daerah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jabatan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput di sini.

Katanya penubuhan JPPJ tidak menjejas Jabatan Siasatan Jenayah (CID) kerana hanya sebahagian daripada petugasnya akan diletakkan di jabatan baharu itu.

"Objektif utama CID lebih fokus memastikan siasatan kes berkualiti dan ia menjurus kepada penyelesaian kes manakala jabatan baharu ini adalah untuk mencegah dan membanteras semua bentuk jenayah,” katanya. - Bernama


Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.