Jenis Penyakit Keturunan

on 6.7.13

penyakit


Penyakit Diabetes

Penyakit kencing manis biasanya akan menyerang golongan lanjut usia namun ia tidak bermakna anda yang muda tidak akan menghadapinya. Jangan pasrah sekiranya anda berkemungkinan menghidapnya suatu hari kelak. Apa yang penting mulai dari sekarang anda harusla bijak menjaga segala pemakanan dan minuman anda dengan sebaiknya.

Ingat sekiranya anda tidak dapat mengawal kehendak naluri tersebut peratus untuk anda utuk menghidap penyakit ini mungkin tinggi. Kalau anda sudah di sahkan sekalipun dalam mewarisi penyakit, maka dapatkanlah rawatan doktor dengan segera supaya tidak akan berlaku sebarang kompilasi seperti strok, buta. lumpuh dan sebagainya.

Kanser

Sekiranya ibu anda sedang menderita akibat kanser ini, anda haruslah mengambil perhatian terhadap kesihatan anda setiap masa kerana potensi untuk anda menghidap penyakit ini cukup besar. Saranan Suri agar anda melakukan ujian Pap Smear bagi mengelakkan terjadinya kanser pada pangkal rahim, manakala lakukan juga ujian ke atas diri sendiri bagi pemeriksaan payudara anda untuk mengesahkan kanser payudara pada peringkat awal.


Sebagai langkah awal di sarankan mengambil makanan yang mengandungi serat dan buah-buahan yang mengandungi anti oksida seperti buah tomato, lobak, epal dan anggur.

Endometriosis

Seandainya anda merancang untuk hamil, maka amatlah wajar anda mengetahui lebih lanjut akan penyakit ini. Tahukah anda lebih kurang 60% penghidap penyakit endometriosis tidak mampu untuk menghasilkan zuriat. Ibu anda mungkin termasuk dalam golongan 40% lagi yang boleh memperoleh anak dan anda juga mungkin mempunyai risiko untuk mengalami penyakit yang sama jua.

Jadi jangan ambil perkara yang mudah sekiranya anda sering berasa sakit ketika kedatangan haid berlaku!. Hurm… lebih-lebih lagi jika ia bisa membuatkan anda pengsan. Sekiranya ubat yang anda ambil tidak mampu untuk meredakan sakit tersebut, saranan Suri agar anda terus berjumpa dengan doktor ginekologi.

Varises

Penyakit ini mungkin juga di warisi oleh anda. Maka bermulalah dari sekarang amalkanlah senaman yang teratur, jangan terlalu menyukai memakai kasut tumit tinggi, memakai seluar yang ketat dan kurangkanlah pengambilan garam dalam setiap menu makanan harian anda.

Berat Badan Berlebihan

Jika berat badan anda tidak dapat di kawal secara tidak langsung ia akan menyebabkan anda mengalami masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan darah tinggi. Lebih 40% kebanyakannya wanita akan mewarisi bentuk badan ibunya.

Seandainya anda mahu melihat gambaran tubuh anda di usia 50an, lihat sahaja tubuh ibu anda sekarang. - sumber cahaya seri

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
2 Comments

{ 2 Komen... read them below or add one }

titan said...

hoho..macam itukahh..


July 7, 2013 at 9:19 PM
Terbelog said...

tu kena tanya cahaya seri ekekeke


July 8, 2013 at 3:40 AM

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.