Kemalangan Maut di Mukah

on 5.7.13


mukah

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa apabila kereta itu tiba-tiba melintang di depan saya,” kata Ali Mamat, 59, pemandu Toyota Hilux yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan enam orang termasuk lima sekeluarga di Kilometer 113 Jalan Sibu-Bintulu di sini, semalam.

Ali yang juga seorang pesara polis bantuan berasal dari Dalat itu berkata ketika kejadian dia dan isterinya, Napsiah Hasan, 61, serta seorang cucu lelaki berusia tiga tahun memulakan perjalanan dari Bekenu, Miri, pada jam 4.20 pagi ke Kuching.

Ali berkata, perlanggaran itu menyebabkan isterinya cedera parah dan cucu yang berada di pangkuannya patah kaki kanan.

“Bagaimanapun isteri saya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah klinik kesihatan berdekatan manakala cucu saya dibawa ke Hospital Mukah untuk rawatan lanjut,” katanya.

Mangsa lain yang terbunuh ialah pemandu kereta Mohd Serhan Suaib, 35, dari Kampung Simunul, Semporna, isterinya Dayang Norhayati Tusin, 30, anak lelaki mereka Danish Nurhan, sembilan bulan, adik Norhayati, Norafizah Tusin, 23, dan Siti Nur Rasidah Mohd Adi Azri, dua tahun. -HMetro

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
5 Comments

{ 5 Komen... read them below or add one }

Joe said...

driver hilux ya sik injured kan


July 5, 2013 at 1:56 PM
fyna said...

ngerinye. =='


July 5, 2013 at 3:00 PM
puteri kasih said...

takziah kepada keluarga mangsa


July 6, 2013 at 12:29 AM
Terbelog said...

@joe. maybe selamat


July 6, 2013 at 4:47 AM
waiman takwa said...

Jika betul dalam keadaan terpaksa kereta dilanggar, jangan dari arah sisi. Biar dari arah belakang (untuk kereta sedan) atau depan.


July 6, 2013 at 7:01 AM

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.