Kenderaan Polis dilarikan Penjenayah

on 12.7.13

polis diraja malaysia

Seorang lelaki yang berjaya ditangkap penduduk kampung berhubung beberapa kes kecurian di Kampung Pak Dollah, Kamunting, di sini berjaya meloloskan diri bersama sebuah kenderaan MPV polis, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, lelaki dikenali Muhamad Hafiz Saidin, 32, dikatakan bertindak mencapai stereng kenderaan sebelum menolak salah seorang anggota polis yang ketika itu mahu membawanya ke balai untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, ketika kejadian, suspek yang berasal dari Kampung Tampang, Tasek Gelugor, Pulang Pinang melarikan diri bersama kenderaan jenis MPV berwarna Perak dengan nombor pendaftaran WLR  6857, dipercayai menghala ke Utara. - Berita penuh

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
2 Comments

{ 2 Komen... read them below or add one }

Fyna Ahmad said...

ke mana je lah dia nak larikan. mesti kena tangkap juga.


July 12, 2013 at 1:28 PM
krole said...

tu r...ni kre pnjahat kategori pndek akai huhu~


July 12, 2013 at 3:11 PM

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.