Kesan Tak Bayar PTPTN

on 2.7.13

ptptn

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Negara (PTPTN) yang enggan membayar balik pinjaman mereka meskipun mampu berbuat demikian, berlaku zalim kepada individu lain yang memerlukannya.

Penceramah bebas, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, ramai peminjam PTPTN memandang mudah keperluan melangsaikan pinjaman masing-masing tanpa menyedari mereka sebenarnya menzalimi golongan tidak berkemampuan yang lebih memerlukan sumber kewangan itu.

"Kewajipan melunaskan hutang itu tidak terlepas bagi setiap individu baik yang beragama Islam atau agama lain.

"Bagi peminjam yang beragama Islam, besar dosanya jika mereka tidak menjelaskan hutang apatah lagi hutang pendidikan yang merupakan hak rakyat,” katanya hari ini.

Mengikut laporan terkini, lebih 400,000 bekas peminjam PTPTN di negara ini belum melangsaikan hutang mereka berjumlah RM2.8 bilion.

Wan Akashah berkata, PTPTN perlu mengambil langkah awal sebelum meluluskan pinjaman kepada setiap individu, temasuk menetapkan syarat atau memberi penerangan yang jelas kepada peminjam.

Beliau turut mencadangkan agar peminjam yang liat membayar hutang PTPTN dipanggil menjalani kursus khas berkaitan kesan tidak membayar balik pinjaman dari sudut undang-undang dan hukum. - Bernama

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.