Kisah Benar Jururawat Mula Menutup Aurat

on 4.7.13

nurse

“Satu hari, ada seorang wanita dalam lewat 20-an dimasukkan ke dalam wad, dan ketika itu saya antara petugas yang menjaganya. Sakitnya agak kronik.”

“Wanita ini sangat baik, tutur katanya lembut dan berakhlak. Dia menjaga solatnya dan juga senantiasa menutup aurat. Maklumlah ada juga petugas yang dikalangan orang lelaki.”

“Acap kali dia pengsan, dan sebaik tersedar, soalan pertama yang muncul dari mulutnya, sudah masuk waktu solat? Kemudian dengan cepat dia akan membetulkan tudung yang menutup auratnya. Dia sangat cakna dan prihatin betul dengan solat dan auratnya.”

‘”Lama dia ditahan dalam wad. Perihal sikapnya menjaga waktu solat dan menutup aurat itu dimaklumi petugas hospital dan pesakit wad berkenaan.”

“Bukan sahaja muslim, malah doktor dan petugas bukan muslim pun menghormati prinsip wanita tersebut. Mereka akan berhati-hati apabila berhadapan dengannya.”

“Bagaimana sikapnya yang lain?” Soalku.

“Sikapnya yang lain?”

“Maksud saya, keperibadian selain menutup aurat dan solat?”


“Dia baik dan hormat dengan semua orang, tak kiralah samada muslim atau bukan muslim. Walaupun menutup aurat, penampilannya sentiasa dijaga. Sangat menjaga kebersihan dan masa. Tapi, sakit barahnya makin kritikal. Kira-kira dua bulan kemudian dia meninggal dunia. Hari kematiannya itu yang paling memberi kesan buat saya….”

Saya diam. Suaranya mula tersekat-sekat, air matanya mula mengalir.

“Tak sangka selepas solat Subuh pagi itu dia meninggal dunia. Ketika meninggal dunia, kain tudung yang menutup wwajahnya terbuka sedikit kerana mukanya jatuh di sebelah. Beberapa helai rambutnya terjuntai keluar. Lantas, seorang doktor bukan Islam mengarahkan saya dan rakan-rakan yang lain untuk cepat-cepat menutup semula kerana rambutnya terkeluar!”

Saya terkejut. Masya-Allah.

“Tuan bayangkan, orang yang bukan Islam pun sangat menghormati prinsipnya. Sebagaimana dia menjaga auratnya semasa hidup, begitulah Allah menjaga auratnya ketika dia meninggal dunia, sehingga Allah menggerakkan hati seorang yang bukan muslim membantu menutup auratnya.” - iluvislam

p/s: walaupun menutup aurat tu wajib, ada juga yang bagi alasan tak mahu bertudung

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
1 Comments

{ 1 Komen... read them below or add one }

waiman takwa said...

Alhamdulillah. Sejuk perut ibu anaknya bertambah solehah.


July 4, 2013 at 8:08 AM

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.