Laut Terbelah Dua di Korea

on 30.7.13

fenomena laut terbelah dua di korea

Bayangkan, dalam tempoh sejam anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.

Kejadian itu pasti mengingatkan kita terhadap kisah Nabi Musa yang ‘membelah laut’ bagi membawa pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kekejaman Firaun.

Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.

Kejadian yang jarang-jarang berlaku ini pastinya akan mengundang suasana pelik dan menarik perhatian sesiapa jua untuk melihat dan merasainya sendiri. Hal-hal sebegini sememangnya sukar untuk dijelaskan. Apa yang berlaku di Korea ini adalah suatu fenomena yang pelik dan tidak salah jika dikatakan antara salah satu keajaiban di dunia.

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
2 Comments

{ 2 Komen... read them below or add one }

mrhanafi said...

perkara ini ada hikmah disebaliknya...kebenaran agama mampu dibuktikan melalui sains

Jom baca entri terbaru :Kini Robot.txt Sudah Kembali


July 30, 2013 at 7:45 AM
boni kacak said...

berani dorang turun ke laut tu kan. dibuatnya tiba2 air pasang mengejut?? terkial2 dorang


July 30, 2013 at 8:54 AM

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.