Mati Main Game 40 Jam Tanpa Makan Minum

on 15.7.13


Ketagih candy crash saga

Nyawa seorang remaja berusia 18 tahun melayang gara-gara bermain video game selama 40 jam tanpa makan dan minum sepanjang tempoh berkenaan. Mayatnya ditemui oleh seorang pekerja di siber kafe berkenaan pada 15 Julai lalu.

Pekerja terbabit menemui remaja tersebut sedang duduk di kerusi di dalam kafe tersebut dan apabila dia mengejutkan remaja berkenaan, remaja itu rebah. Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai di hospital.

Polis masih menyiasat punca kematian dan bedah siasat akan dijalankan ke atas mayatnya. Bagaimanapun punca kematian dipercayai akibat sakit jantung selepas duduk selama berjam-jam dalam posisi yang sama.

Remaja itu meninggal dunia ketika sedang bermain permainan video game terbaru dan ini merupakan kematian kedua dilaporkan pada tahun ini melibatkan video game.

Februari lalu, seorang lelaki di New Taipei ditemui mati di atas kerusi dengan badanya menghadap komputer manakala tangannya pula masih memegang papan kekunci komputer. Dia dipercayai telah bermain video game selama 23 jam dan punca kematian akibat serangan jantung. sumber

p.s hati-hati lah pada sesiapa ketagihan candy crash saga tu hehe

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
1 Comments

{ 1 Komen... read them below or add one }

wan hayden said...

Byk kes mcm ni..trlalu fanatik...


July 15, 2013 at 8:41 PM

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.