Proton Perdana diganti Dengan Honda Accord

on 3.7.13

honda

TOKYO 2 Julai - Honda Motor Co. Ltd. sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan Malaysia bagi menggantikan kereta Proton Perdana yang digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan ketika ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Motor Malaysia Sdn. Bhd., Yoichiro Ueno ketika mengesahkan perkara itu berkata, perbincangan mengenainya membabitkan Honda Motor, Proton Holdings Bhd., DRB-Hicom Bhd. dan kerajaan.

‘‘Saya difahamkan perbincangan mengenai perkara itu sedang berjalan dan satu daripada pilihannya ialah dengan mengadakan kajian keberkesanan.

‘‘Sekiranya Honda Motor, Proton dan kerajaan Malaysia mencapai persetujuan, mungkin selepas itu, Honda Malaysia akan terlibat sama.


‘‘Buat masa ini, perbincangan itu berlaku di peringkat tertinggi antara pihak pengurusan Proton dan Honda," katanya kepada wartawan Utusan Malaysia dan New Straits Times selepas Seminar Peluang Perniagaan di Malaysia di Hotel Imperial, di sini, hari ini.

Terdahulu, Euno muncul sebagai panel seminar dalam misi perdagangan Malaysia ke Jepun yang diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ueno berkata demikian bagi mengulas desas desus rancangan kerajaan menggunakan platform Honda Accord 2.4 liter bagi menaiktaraf model Perdana V6 yang ketika ini memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Menurut laporan itu, kerajaan negeri Pahang telah memilih untuk menggantikan Proton Perdana V6 dengan Volkwagen Passat 2.0-liter yang kini dipasang di Pekan.

Kereta baharu itu pula akan digunakan menteri-menteri Kabinet dan exco kerajaan negeri tersebut.

Ueno bagaimanapun enggan mendedahkan mengenai kos penambahbaikan Perdana yang telah dihentikan pengeluarannya sejak 2010. - UTUSAN

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
1 Comments

{ 1 Komen... read them below or add one }

waiman takwa said...

Untung atas angin je ni. Proton dapat keuntungan melalui perbezaan duti ekssis kerana apabila Honda Accord versi Proton dijual, ia masuk ke negara ini (oleh Proton) tanpa duti eksais. Lalu Proton naikkan harganya. Mudah je dapat duit.


July 4, 2013 at 8:07 AM

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.