RM120,000 Untuk Peraduan Nama Proton Baru

on 16.7.13

Nama proton baru

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON), telah menganjurkan satu peraduan yang dikenali sebagai "PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?"sumber

Mungkin entry proton sebelum ini membawa tuah kepada anda?

Dalam peraduan ini, para peserta berpeluang untuk menggunakan imaginasi masing-masing untuk memberikan nama Kereta Kompak Proton yang baru secara kreatif dan anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik, bernilai RM120,000..

Anda boleh memberikan apa sahaja nama yang anda rasakan kreatif untuk kereta keluaran terbaru Proton ini... Asalkan ianya memberikan gambaran sebuah kereta yang bergaya, kompak, mempunyai ruang yang luas, selesa dan amat praktikal, mempunyai rekabentuk dan ciri-ciri yang termaju dan inovatif serta seronok untuk dipandu...

Cadangkan nama yang paling kreatif dalam Bahasa Malaysia untuk Kereta Kompak Proton... Tetapi mampu menggambarkan kesemua ciri-ciri di atas, berikut merupakan senarai hadiah yang bakal dimenangi oleh pada pemenang:
  • Hadiah Utama : 1 X Kereta Kompak Proton AT Premium
  • Hadiah Kedua : 1 X Percutian 3H2M di Rebak Island Resort langkawi + Wang Tunai RM3000
  • Hadiah Ke-3 : 1 X Macbook Air
  • Hadiah Ke-4 : 2 X Ipad Mini
  • Hadiah Ke-5 : 2 X Samsung Galaxy S4
  • Hadiah Ke-6 : 2 X HTC One
  • Hadiah Ke-7 : 150 X Wang Tunai RM250
  • Hadiah Ke-8 : 100 X Peti Sejuk Mudah Alih Proton
Peraduan ini akan berlangsung dari 25 Jun 2013 hingga 25 Julai 2013.

Klik Peraduan Teka Nama Proton Untuk Sertai


    Iklan Text :
    1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
    2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
    3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
    4- Panduan Lulus MUET

    Ranking: 5
    Comments
    3 Comments

    { 3 Komen... read them below or add one }

    cahaya said...

    cahayacinta
    wah nam bagi nama siapa menang dpt rm


    July 16, 2013 at 8:24 AM
    daddydee jedi said...

    lumayan sungguh hadiah nya


    July 16, 2013 at 9:53 AM
    Puteri Kasih said...

    menarik juga peraduan ni...hadiah-hadiahnya pun lumayan. Pasti ramai yang akan menyertainya nanti.


    July 16, 2013 at 11:30 AM

    Post a Comment

     
    © Terbelog.com All Rights Reserved.