RM431,190 Harga Untuk Lelongan Chong Wei

on 22.7.13

Keputusan terkini badminton cong wei

PEMAIN badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei dijual US$135,000 (RM431,190) kepada Mumbai Masters sempena lelongan Liga Badminton India (IBL) di sini hari ini.

Beliau diberikan harga asas tertinggi US$50,000 (RM159,700).

Pemain utama India, Saina Nehwal, yang juga diberi harga asas tertinggidipilih oleh Hyderabab Hotshots untuk US$120,000 (RM383,280), lapor media India.

Empat pemain India lain turut menerima harga asas tertinggi - Parupalli Kashyap, Jwala Gutta, Ashwini Ponnappa and PV Sindhu.

Enam pemain itu yang diletakkan dengan harga asas paling tinggi diberikan status pemain ikon.

IBL ialah liga francais yang dicadangkan Persatuan Badminton India.

Edisi pertama liga yang akan disertai pemain India dan asing, dijangka berlangsung bulan depan.

Lelongan pertama pemain IBL dijangka disertai 150 pemain untuk 66 tempat dalam enam pasukan, setiap francaisi boleh menampilkan 11 pemain, termasuk maksimum empat pemain asing dan seorang pemain bawah 19 tahun. - Bernama

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
1 Comments

{ 1 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.