Sah Abby Abadi Sudah Dinikahi

on 19.7.13

Abby abadi dah berkahwin dengan noor farrhan che bakar

Pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 35, hari ini mengakui dia sudah melangsungkan pernikahan dengan seorang jejaka berusia 24 tahun.

Pelakon yang terkenal menerusi drama Gerak Khas itu berkata, beliau dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar sudah pun mendirikan rumah tangga sejak 12 hari lalu.

"Ya. Kami sudah bernikah 12 hari lepas kenal. Dia (suami) sebelum ini masih bujang dan berasal dari Tumpat, Kelantan.

"Saya sengaja merahsiakan pernikahan kami itu daripada media massa. Hari ini (Jumaat) saya rasa adalah hari yang sesuai untuk mengumumkannya (pernikahan itu)," kata janda beranak tiga itu kepada Utusan Online ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Abby mengejutkan para peminatnya apabila memuatkan gambar dia dengan seorang pemuda dalam keadaan mesra di laman Instagramnya.

Menerusi laman sosial itu, beliau mengaku menikahi suaminya setelah berkenalan hanya selama dua minggu. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130719/hi_06/Abby-Abadi-akui-nikahi-jejaka-berusia-24-tahun#ixzz2ZUUyRMVK
© Utusan Melayu (M) Bhd

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.